Sinopsis
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
TAJUK-TAJUK
Tajuk | Kandungan | Jam |
1 | Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
| 6 |
2 | Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 |
3 | Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
| 6 |
4 | Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 |
5 | Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 |
6 | Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 |
7 | Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
| 6 |
8 | Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
| 6 |
9 | Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
| 6 |
10 | Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
| 6 |
11 | Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
| 6 |
12 | Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
| 3 |
13 | Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 |
14 | Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
| 6 |
15 | Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
| 6 |
JUMLAH | 90 |